Lawatan Teknikal Projek Lembah Makanan KETENGAH

Satu lawatan teknikal bersama Agensi berkaitan telah diadakan pada 13.2.2024 (Selasa). Lawatan ini diadakan bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan teknikal dalam memperkasakan Projek Lembah Makanan KETENGAH.

Lawatan yang diketuai oleh En. Mohd Faiq bin Mohd Abdul Majid (Pengurus Ekonomi dan Usahawan KETENGAH) turut disertai oleh Pengarah FAMA Negeri Terengganu, wakil Jabatan Pertanian, Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan wakil Jabatan Perikanan.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah KETENGAH mengambil maklum dan sangat berbesar hati terhadap pandangan dan nasihat teknikal yang telah diberikan. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan untuk manfaat penduduk wilayah dan pihak KETENGAH sebagai pemacu pembangunan pemodenan wilayahnya.

Program Bicara Ilmu Wilayah KETENGAH Sempena Peristiwa Israk & Mikraj 1445H/2024M
Lawatan Bermaklumat di Negeri Kelantan

Artikel Lain