Lawatan Bermaklumat di Negeri Kelantan

Seramai 13 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH serta usahawan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penternakan telah mengikuti Lawatan Bermaklumat di Negeri Kelantan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki.

Mereka telah melawat Projek Ternakan Tenusu, di Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh,
Projek Ternakan Lembu Sado di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bachok dan ke Projek Ternakan Lembu Wagyu di bawah Syarikat Kel Farm Sdn. Bhd., Kampung Seneng, Jelawat, Bachok.

Antara intipati lawatan tersebut ialah bagi menimba ilmu berkaitan konsep penternakan yang telah dilaksanakan disamping perkongsian pengalaman berkaitan kaedah pengurusan projek dan mengenalpasti keperluan, kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
pelaksanaan projek.

KETENGAH berharap dengan perkongsian ilmu dan kejayaan yang ditimba sepanjang lawatan tersebut, dapat diterapkan dan diterjemahkan dalam memajukan lagi penternakan di wilayah KETENGAH.

Lawatan Teknikal Projek Lembah Makanan KETENGAH
Program Penyerahan Bantuan Peralatan kepada Pengusaha Pelancongan

Artikel Lain