Program Penyerahan Bantuan Peralatan kepada Pengusaha Pelancongan

15 Februari 2024: Program penyerahan bantuan peralatan kepada pengusaha pelancongan di bawah Program Pembangunan Pelancongan Desa Wilayah KETENGAH (PEDEKAT) bagi Daerah Kemaman telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat). Turut hadir, Puan Fadhlina Mohamed, Pengurus Pelancongan dan pegawai serta kakitangan Bahagian Pelancongan.

Program penyerahan melibatkan dua (2) produk pelancongan iaitu Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai, Kampung Pasir Gajah dan Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi, Bandar Seri Bandi, Kemaman dengan bantuan peralatan bernilai RM20,000.00 yang terdiri daripada enjin bot sangkut, ‘glamping tent’ dan ‘UV Plastic’.

Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai, Kampung Pasir Gajah dikelola oleh ‘Turtle Conservation Society’ telah menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan tuntung, kura-kura, penyu dan labi-labi sejak tahun 2011 dan menjadi pusat rujukan global universiti dan pencinta spesies yang semakin mengalami kepupusan.

Kelip-kelip Palmstay Seri Bandi berkonsepkan agropelancongan yang mana pengunjung dapat merasai aktiviti ‘survival’ menjelajahi denai sungai, ‘hiking’, berbasikal, ATV dan memancing ikan sungai serta menanam sayuran sambil bermalam di dalam ladang kelapa sawit secara ‘hammock’, ‘glamping’ atau chalet kerdil.

Pengurusan KETENGAH berharap agar geran bantuan yang diberikan dapat membantu pengusaha pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke produk-produk pelancongan dalam Wilayah KETENGAH.

Lawatan Bermaklumat di Negeri Kelantan
Kunjungan Hormat TM One ke KETENGAH

Artikel Lain