Majlis Penyerahan Bantuan Program Pembangunan Pelancongan Desa Wilayah KETENGAH (PEDEKAT) Siri 2

Majlis Penyerahan Bantuan Program Pembangunan Pelancongan Desa Wilayah KETENGAH (PEDEKAT) Siri 2 bagi Daerah Dungun kepada pengusaha pelancongan telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil Pejabat Daerah Dungun,MOTAC Negeri Terengganu, Pejabat Perhutanan Daerah Terengganu Selatan, barisan Pengurusan KETENGAH dan Anak Syarikat KETENGAH.

Program Pembangunan Pelancongan Desa Wilayah KETENGAH (PEDEKAT) menyediakan geran bantuan kemudahan sokongan dalam bentuk peralatan bagi membantu penggiat industri pelancongan dalam menambahbaik dan memperkasakan mutu perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan pelancong.

Jumlah keseluruhan geran yang diperuntukkan adalah berjumlah RM200,000.00.

Dalam majlis ini, seramai empat (4) orang pengusaha produk pelancongan dalam wilayah menerima geran berjumlah RM40,000.00 iaitu:-

i. Persatuan Malim Gunung Daerah Dungun (pengendali Trek Pendakian Gunung Chemerong, Berembun, Lasir-CBL;

ii. Koperasi Shukor Membangun Dungun Berhad (pengusaha produk pelancongan Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor);

iii. CRC Eco & Aqua Sport Services (pengusaha produk pelancongan ATV Tasik Puteri, Bukit Besi); dan

iv. Kelab Golf Bukit Besi.

Pengurusan KETENGAH berharap agar pengusaha produk pelancongan desa wilayah KETENGAH sentiasa berusaha dan memberi perkhidmatan yang terbaik ke arah menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Lawatan HealthCheck Projek Pembangunan kali ke-8 tahun 2024
BASKET MADANI Siri IV

Artikel Lain