Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa KETENGAH Bersama Media Terengganu

Media massa berperanan menyampaikan maklumat dan dasar dasar kerajaan malah juga penting sebagai medium mendapatkan maklum balas keberkesanan pelaksanaan.

Bagi menghargai peranan media khususnya dalam memberikan bantuan liputan dan pelaporan terhadap imej baik dan pencapaian KETENGAH, satu Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa KETENGAH Bersama Media Terenggganu telah diadakan. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Baiduri 3, Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

KETENGAH menganggap media adalah rakan strategik, berfungsi penting dalam membantu menyebar luas pelbagai inisiatif yang sedang atau akan dilaksanakan oleh kerajaan. Majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara KETENGAH dengan pengamal media Terenggganu.

Pengerusi KETENGAH, Yang Berbahagia Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin said hadir meraikan rakan media. Semasa berucap, beliau menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan media kerana memberikan liputan dan berita serta menyebar luas program yang dijalankan oleh pihak KETENGAH.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan-Timbalan Pengurus Besar KETENGAH, Pengurus-Pengurus Bahagian dan Timbalan Presiden KAWAT, Encik Zaid bin Mohd Nor.

Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Terengganu
Rakaman Takbir Raya KETENGAH

Artikel Lain