Mesyuarat Penasihat Undang-Undang

5-7 Ogos 2022-Kuala Terengganu
Seramai 15 orang Penasihat Undang-Undang Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Agensi di bawahnya telah mengadakan Mesyuarat Penasihat Undang-Undang bertempat di RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu. Mesyuarat tersebut adalah berfungsi sebagai medium perkongsian dan memfokuskan perbincangan berkenaan isu-isu perundangan yang berbangkit di Agensi masing-masing. Di samping itu, pertemuan ini adalah sebagai platform perkongsian ilmu dan mengeratkan ikatan silaturrahim Pejabat Penasihat Undang-Undang KPLB dan Bahagian/Unit Perundangan Agensi. Peserta juga dibawa melawat tempat menarik Tasik Kenyir iaitu Santuari Kelah, Taman Herba dan Kedai Bebas Cukai.

MAHA 2022
Program Kayak Santai Merdeka 3K

Artikel Lain