Program Kayak Santai Merdeka 3K

12-13 Ogos 2022-Hulu Dungun
Sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022, Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) telah menganjurkan Program Kayak Santai Merdeka 3K. Acara dimulai dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Dataran Kejat, Kampung Pasir Raja. Seramai 30 orang ahli Kelab 3K telah berjaya mengharungi cabaran menyusuri Sungai Dungun yang bermula dari Kampung Pasir Raja hingga ke Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu. Tujuan utama program ini adalah untuk sama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia. Disamping itu dengan adanya program sebegini, semangat kerjasama, toleransi, dan kerja berpasukan antara ahli kelab dapat diperkukuh dan diaplikasikan dalam kerja seharian sebagai penjawat awam di KETENGAH. Keindahan alam semulajadi dikawasan KETENGAH dapat ditonjolkan secara meluas kepada umum.
Majlis Pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH merangkap Presiden Kelab 3K.
Mesyuarat Penasihat Undang-Undang
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2022

Artikel Lain