Mini Konvensyen KIK KETENGAH.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diwujudkan di KETENGAH adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi daya kreativiti dan inovasi serta bekerja secara berpasukan. Penghasilan atau penambahbaikan sesuatu produk mahupun perkhidmatan yang diinovasikan akan memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan. Seiring dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang semakin pesat, KETENGAH sentiasa mengorak langkah untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan dan menambah baik pengurusan KIK. Penumpuan diberikan kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi. Sebanyak 5 kumpulan telah menyertai pertandingan ini iaitu kumpulan Spectra (Kesukaran Memasang Bahan Pameran), Lacus (Tempahan Kenderaan Tidak Sistematik), Tulip (Kesukaran Pengurusan Landskap Semburan Air), Quick Win (Kesukaran Pengumpulan Data Bagi Pemberian Hak Milik Sementara) dan Tor Tambroides (Kesukaran Membawa Pesakit semasa Kecemasan).

Projek Team Excellence Terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Sepctra manakala Projek Inovasi Terbaik diungguli oleh kumpulan Tulip. Speaker terbaik pula telah dimenangi oleh Puan Sharifah Norhazilawati binti Syed Hassan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Kumpulan Spectra dan Tulip akan mewakili KETENGAH pada Konvensyen  Team Excellence 2018 Peringkat Wilayah (RTEX) pada 24-25 Julai 2018. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang, teruskan usaha dalam membudayakan amalan inovasi di KETENGAH.

Program Riang Ria Keluarga KETENGAH.
Tahniah dan Syabas Kumpulan SPECTRA dan TULIP

Artikel Lain

Menu
Font Resize
Contrast