Pendaftaran MyDigital ID kepada pegawai dan Kakitangan

KETENGAH melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama MIMOS Berhad telah mengadakan pendaftaran MyDigital ID kepada pegawai dan Kakitangan.

MyDigital ID merupakan sistem pengesahan identiti secara atas talian yang menekankan aspek keselamatan. Ia adalah platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian tanpa menggantikan sistem MyKad.

Tujuan utama pembangunan MyDigital ID adalah untuk memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital. Manakala matlamat utamanya adalah meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keselesaan dalam proses pengenalan dan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.

Penerangan tentang MyDigital ID telah disampaikan oleh Pegawai dari MIMOS Berhad, Encik Rosli bin Din. MIMOS Berhad sebuah agensi di bawah MOSTI merupakan Agensi Pelaksana bagi program Digital ID Negara.

Hadir sama mendaftar Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad dan pengurusan KETENGAH.

Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H
Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan 1445H

Artikel Lain