Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H

Bubur lambuk amat sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan. Juadah enak penambah perisa waktu berbuka ini amat digemari oleh semua lapisan masyarakat.

KETENGAH juga tidak ketinggalan mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk yang diadakan pada 1 Ramadan 1445H bersamaan 12 Mac 2024 sebagai simbolik menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. 

Program yang diadakan secara gotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan sesama kakitangan. Bubur lambuk tersebut diagihkan kepada semua warga KETENGAH.

Majlis Penyerahan Apron kepada 130 orang peniaga Bazar Ramadan
Pendaftaran MyDigital ID kepada pegawai dan Kakitangan

Artikel Lain