Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Tahun 1445H/2024M

Kegembiraan jelas terpancar diwajah 110 orang anak-anak yatim apabila dibawa oleh Ketengah Holding Sdn. Bhd. membeli baju raya di pasar raya terkenal Jakel Kuantan. Sejumlah RM228 ribu telah dibelanjakan oleh Ketengah Holding yang membabitkan seramai 760 orang pelajar (anak yatim) di Wilayah KETENGAH melalui Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Tahun 1445H/2024M. Program ini telah berlangsung sebanyak 5 siri dan berakhir pada hari ini.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa hadir sama menceriakan anak-anak yatim dan sama-sama memilih baju untuk mereka. Pengurus Besar KETENGAH ditemani oleh Encik Suhaimi bin Abdul Aziz, Pengarah Urusan Jakel Kuantan. Seorang penerima adik Nurul Najla Ayuhanim binti Ramli dari Felda Neram 1 berkata “Saya amat bersyukur dan terima kasih kepada pihak KETENGAH atas bantuan yang diberikan, Terima kasih banyak-banyak”.

Mereka kemudiannya diraikan bersama YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dan tetamu jemputan dalam Majlis Berbuka Puasa bertempat di Hotel Grand Darul Makmur. Apa yang istimewanya anak-anak yatim ini turut menerima duit raya sebanyak RM100 seorang.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengurus-pengurus bahagian dan Ketua Unit KETENGAH dan pegawai-pegawai dari Ketengah Holding Sdn. Bhd.

KETENGAH merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Tahun 1445H/2024M.

Tabung Infaq Ramadan dan Tabung Kumpulan Mencari Keredhaan Akhirat (KMKA)
Lawatan HealthCheck Projek Pembangunan kali ke-8 tahun 2024

Artikel Lain