Tabung Infaq Ramadan dan Tabung Kumpulan Mencari Keredhaan Akhirat (KMKA)

Sempena Ramadan Al Mubarak 1445H, KETENGAH telah meluncurkan Tabung Infaq Ramadan dan Tabung Kumpulan Mencari Keredhaan Akhirat (KMKA). Dana Tabung KMKA merupakan sumbangan peribadi pegawai dan kakitangan KETENGAH. Hasil kutipan tabung tersebut telah disumbangkan kepada pekerja kebersihan pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa telah menyerahkan hasil kutipan tersebut kepada seramai 16 orang penerima. Semoga dengan sumbangan tersebut dapatlah meringankan sedikit beban mereka.

Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri-3
Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Tahun 1445H/2024M

Artikel Lain