Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri-3

KETENGAH meneruskan pelaksanaan Program Santuni Anak-anak Yatim Wilayah KETENGAH Tahun 1445H/2024M Siri-3 pada 26 Mac 2024 (Selasa) bersamaan 15 Ramadan 1445H. Program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

Program dimulakan dengan sesi memilih pakaian raya di Jakel Kuala Terengganu dengan penglibatan seramai 155 orang pelajar sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dalam Wilayah KETENGAH. Penerima-penerima sumbangan dan guru-guru pengiring seterusnya diraikan bersama tetamu jemputan dalam Majlis Berbuka Puasa di Raia Hotel Kuala Terengganu.

Pelajar-pelajar yang terlibat turut menerima sumbangan duit raya melalui sumbangan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. Pelaksanaan siri seterusnya akan diadakan pada 27 Mac 2024 (Rabu).

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pelaksanaan Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri-3 Sempena Ramadan Al Mubarak 1445H/2024M.

Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri 2
Tabung Infaq Ramadan dan Tabung Kumpulan Mencari Keredhaan Akhirat (KMKA)

Artikel Lain