Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri 2

KETENGAH meneruskan pelaksanaan Program Santuni Anak-anak Yatim Wilayah KETENGAH bagi Tahun 1445H/2024M. Bagi Siri 2, Program telah diadakan pada 24 Mac 2024 (Ahad) bersamaan 13 Ramadan 1445H. Program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

Program dimulakan dengan aktiviti memilih pakaian raya di Jakel Kuala Terengganu dengan penglibatan seramai 155 orang pelajar dari pelbagai sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dalam wilayah KETENGAH. 

Penerima-penerima sumbangan seterusnya diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa di Raia Hotel Kuala Terengganu serta menerima sumbangan duit raya melalui sumbangan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. Pelaksanaan siri seterusnya akan diadakan pada 26 Mac 2024 (Selasa).

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pelaksanaan Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri 2 Sempena Ramadan Al Mubarak 1445H/2024M.

Rakaman Takbir Raya KETENGAH
Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Siri-3

Artikel Lain