Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kediaman

12 Julai 2021-Bandar Bukit Besi
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Inilah yang nasib yang menimpa keluarga Encik Muhammad Nasril Haqim bin Mokhtar apabila kediamannya musnah dalam satu kebakaran. Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 11.00 malam pada 11 Julai 2021 dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak BOMBA. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah melawat dan menyerahkan sumbangan kepada bapa mangsa.

KETENGAH berharap pemberian ini dapatlah meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan. Sumbangan berkenaan adalah satu daripada tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin KETENGAH kepada penduduk di Wilayah KETENGAH Semoga keluarga Encik Muhammad Nasril Haqim tabah menghadapi dugaan dan sentiasa bersabar diatas kecelakaan yang menimpa. Hadir sama Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial.

bakar-3 bakar-2 bakar-1

Terima Kasih Pengerusi KETENGAH
Penghargaan Kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM Tahun 2020

Artikel Lain