YB Datuk Seri Rina Sampaikan Watikah Pelantikan MPKK.

Penganjuran Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Terengganu telah diadakan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun pada 1 Jun 2019. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun,

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan turut hadir  YBM Senator Dato’ Raja Bahrin Shah ibni Raja Ahmad Baharuddin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Penyelaras MPKK Negeri Terengganu dan juga Pengerusi KETENGAH, Datuk Zulkifli Mohamad. Selain penyampaian watikah tersebut, majlis turut melibatkan penyampaian sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang melibatkan golongan asnaf di lima perbandaran Wilayah KETENGAH. Seramai 31 orang anak yatim Wilayah KETENGAH turut dirai dan menerima sumbangan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

placeholder
E-Book Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid 19
KETENGAH ZIARAH PESARA UZUR

Artikel Lain