Kumpulan Taman Orkid Juara Kenyir Fishing Challenge 2015

Makmal Transformasi Pembangunan KETENGAH
17/01/2017
MoU KETENGAH UNISZA
17/01/2017

Kumpulan Taman Orkid Juara Kenyir Fishing Challenge 2015

Gandingan mantap Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat & Komunikasi bersama Bahagian Pemantau & Penilaian dalam acara KFC 2015 yang bermula pada 20 hingga 21 November 2015 bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Pertandingan yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama, bertoleransi, kerja berpasukan dan merapatkan silaturahim diantara Warga KETENGAH. Sebanyak tiga acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan memancing, memasak dan karaoke. Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pegawai dan kakitangan yang membentuk sebanyak 13 pasukan keseluruhannya. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. “kita semuanya adalah pemenang”, tegasnya “Semangat kerjasama dan saling berganding bahu ini amat penting kepada KETENGAH ”. Berikut merupakan keputusan penuh KFC 2015:- 1. Juara Kumpulan Taman Orkid (ICT bersama Pemantauan dan Penilaian) 2. Kedua Kumpulan KECV ( Pelancongan & Pembangunan Tasik Kenyir) 3. Ketiga Kumpulan Taman Burung (Kewangan & Belanjawan) 4. Keempat Kumpulan Gua Bewah (Kesejahteraan Rakyat) 5. Kelima Kumpulan Gua Taat (Pembangunan Insan & Pendidikan)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *