Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KKLW kali ke 31

Pada 28 Januari 2014, telah berlangsung satu Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KKLW kali ke 31 yang telah dihadiri oleh agensi dibawah KKLW dan ahli PUSPANITA Cawangan KKLW bertempat di Dewan Serbaguna Aras B1 KKLW, Putrajaya . PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah menghantar seramai 20 orang ahli bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Hadir sama majlis perasmian itu Ybhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad (Ketua Setiausaha KKLW) merangkap penasihat PUSPANITA Cawangan KKLW dan YBhg. Datin Angelina a/k Tan Sri Celestine Ujang isteri kepada Y.B Datuk Alexender Nata Linggi Timbalan Menteri KKLW. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Datin Seri Hajjah Suryani binti Dato’ Haji Shuaib selaku Penaung PUSPANITA Cawangan KKLW. Dalam ucapannya berkata kekuatan sesebuah persatuan diukur melalui keahliannya dan beliau menyeru semua penyertaan dikalangan pegawai awam khususnya wanita supaya dapat menambah ilmu dalam setiap pelaksanaan program Selaras dengan matlamat PUSPANITA kebangsaan iaitu untuk menjadikan wanita sebagai seorang yang berdaya saing, berkualiti, berilmu dan bertaqwa agar dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Selepas ucapan perasmian, majlis diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan seterunya penyampaian sijil kepada Pengerusi biro/Cawangan Kecil. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PUSPANITA cawangan KKLW kali ke-31.

placeholder
Kursus Pengendalian Makanan
placeholder
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Artikel Lain