Perhimpunan Bulanan Ke 2/2014 dan CIP

KSU Melawat Tapak Projek
17/01/2017
Kursus Komunikasi dan Pengurusan Mesyuarat Mini RTC Siri 1/2014
17/01/2017

Perhimpunan Bulanan Ke 2/2014 dan CIP

Pada 16hb Februari 2014, Perhimpunan Bulanan Kali ke 2 bagi tahun 2014 telah diadakan di Ibu Pejabat Ketengah. Program telah dihadiri oleh semua kakitangan KETENGAH, Unit Pengurusan Projek Wilayah Ketengah dan Anak Syarikat Ketengah Holdings Sdn Bhd. Di dalam perhimpunan kali ini, warga Ketengah telah diberi taklimat Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang disampaikan oleh Puan Halimah binti Mohd Syarif, Pengusaha Kanan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, SPRM Putrajaya. Taklimat ini diadakan adalah bertujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepada Warga Ketengah akan kesalahan-kesalahan rasuah dan mendidik agar menentang rasuah. Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Najwa binti Mohd Sabri, Ketua Unit Pencegahan, SPRM Terengganu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *