Program KETENGAH Cakna Kampung (KCK)

KETENGAH sentiasa melihat keperluan dan keluhan masyarakat di Wilayahnya yang terdiri daripada 5 bandar utama iaitu Bandar Bukit Besi, Bandar Cheneh Baru, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ketengah Jaya. Pada kali ini, Program Ketengah Cakna Kampung (KCK) 2015 telah berlangsung di Kampung Batu 14 Kuala Tayor, Kemaman Terengganu pada 14 November 2015. Program KCK ini bertujuan mendekati masyarakat di daerah ini bagi mengesan masalah dan keperluan mereka, disamping mengeratkan silaturahim diantara Pegawai KETENGAH dengan penduduk kampung yang mereka bela selama ini. Pelbagai program telah diatur seawal jam 7 pagi dengan dimulai program senamrobik, gotong royong dan acara sukan rakyat disertai lebih 500 penduduk dan kakitangan KETENGAH. Majlis perasmianya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi ) KETENGAH yang mewakili Dato’ Pengurus Besar KETENGAH.

placeholder
Kejohanan Sukan 4 Penjuru 2015
placeholder
Makmal Transformasi Pembangunan KETENGAH

Artikel Lain