Sambutan Hari Sukan Negara

Saban tahun, Sambutan Hari Sukan Negara disambut oleh semua warganegara Malaysia. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. KETENGAH juga turut serta dengan mengadakan Hari Sukan Negara bertempat di kompleks sukan Bandar AMBS pada 8 Oktober 2016. Pelbagai acara sukan telah diatur dengan dimulai acara senamrobik, dan diikuti dengan acara sukan seperti bola jaring, Dart, Batu Seremban, Sepak Raga Bulatan, Golf, Bola Sepak, acara mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah turut disediakan.

Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH turut hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan KETENGAH, Anak Syarikat KETENGAH dan juga penduduk tempatan. Objektif utama program ini bagi menerapkan budaya sukan dan memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat telah tercapai.

placeholder
Kursus Gunting Rambut (Separa Mahir)
placeholder
Perlawanan Persahabatan KETENGAH & Yayasan Terengganu

Artikel Lain