Sambutan Kemerdekaan ke 57

Kenyir Motocross Challenge 2014
17/01/2017
Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi
17/01/2017

Sambutan Kemerdekaan ke 57

Pada 31 Ogos 2014, KETENGAH turut serta bersama-sama 117 kontijen yang mengambil bahagian dalam perarakan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 57 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS). Ribuan rakyat tempatan hadir untuk menyaksikan perarakan sambutan yang bertemakan “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Sambutan dimulakan sejurus ketibaan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria disambut Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan isteri To’ Puan Rohani Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Negeri Terengganu dan isteri, To’ Puan Halijah Ali.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *