logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH

Pada 29 hingga 30 Ogos 2019, telah berlangsung satu Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH. Program ini adalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat khususnya kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wilayah KETENGAH. Ianya melibatkan wakil kepimpinan MPKK Wilayah KETENGAH iaitu sebanyak 89 buah MPKK. Program ini secara tidak langsung […]

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019

Bagi menyemai semangat cintakan negara dan kempen kibarkan Jalur Gemilang, pada 22 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Padang Astaka Kampung Pasir Gajah, Kemaman Terengganu satu Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019 telah diadakan. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Program ini merupakan […]

Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH

Saban tahun, Program sambutan Bulan Kemerdekaan Negara disambut bermula dari 16 Ogos hingga 16 September. Sambutan ini tidak lain adalah bertujuan menzahirkan kegembiraan, rasa bangga dan syukur atas kejayaan negara mencapai kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini. Tema sambutan pada tahun ini Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih telah dipilih bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan […]

Ibadat Korban & Akikah KETENGAH

Saban tahun tanggal 10 Zulhijah, umat Islam akan menyambut Aidiladha dan satu keistimewaan sambutan ini adalah ibadat korban. Sehubungan dengan itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tangah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Korban & Akikah Wilayah KETENGAH 2019M/1440H yang telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu pada 11 Ogos 2019 bersamaan […]

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Kelab keluarga KETENGAH (Kelab 3K), melalui Biro Kebajikan dan Biro Agama & Pendidikan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat bagi meraikan tiga orang ahli yang akan menunaikan fardu haji. Mereka yang terlibat ialah Encik Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, Encik Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan […]