Bengkel Bajet Pembangunan Rolling Plan (RP4) Tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)

9-11 Disember 2022- Johor
KETENGAH telah mengadakan Bengkel Bajet Pembangunan Rolling Plan (RP4) Tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bertempat di Forest City Marina Hotel, Johor Darul Takzim.
Pengurusan KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd. telah mengikuti bengkel tersebut.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH semasa ucapannya berkata “Bengkel ini bertujuan untuk melihat ketersediaan dan mengenalpasti projek untuk dilaksanakan serta menentukan cadangan program RP4 Tahun 2024 RMKe-12. Hal ini penting kerana cadangan-cadangan program yang bakal dilaksanakan perlu selari dengan Pelan Perancangan Strategik KETENGAH Tahun 2021 – 2025.”
Beliau menambah “Komitmen dan kerjasama daripada semua peringkat terutamanya pengurus projek dan kakitangan teknikal diperlukan agar segala perancangan, pelaksanaan dan penyerahan projek-projek KETENGAH Tahun 2023 adalah mengikut tatacara yang telah ditetapkan dengan sewajarnya”.
Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2022 di Tasik Kenyir
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

Artikel Lain