Kursus Latihan Pengendali Makanan

Kursus Latihan Pengendali Makanan telah diadakan pada 19 Mac 2023 bertempat di Galeri Pavilion Usahawan Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dengan melibatkan seramai 30 orang usahawan Wilayah KETENGAH. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta yang mengendalikan makanan ke arah amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat. Majlis Perasmian Penutup kursus ini […]
Program Gotong Royong Perdana Perbandaran KETENGAH

Program Gotong Royong Perdana Perbandaran KETENGAH Sempena Sambutan Ramadan Al Mubarak 1444H/2023M telah dilaksanakan pada 17 hingga 18 Mac 2023 bertempat di masjid, surau dan tanah perkuburan di perbandaran KETENGAH. Program ini diadakan bagi menyemai semangat cintai alam sekitar disamping dapat meningkatkan rasa kekitaan, jatidiri, rasa prihatin, dan penyayang sesama penduduk, individu dan masyarakat bersama […]
Majlis Penyerahan Projek Tanaman Rumput Napier dan Projek Ternakan Kambing

Pada 19 Mac 2023, Majlis Penyerahan Projek Tanaman Rumput Napier dan Projek Ternakan Kambing telah diadakan bertempat di PT4664 Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Majlis tersebut telah disempurnakan YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Pengurus Besar KETENGAH diiringi barisan Pengurusan KETENGAH dengan penyampaian surat tawaran kepada 7 orang peserta Projek Tanaman Rumput Napier […]
Kursus Pengurusan Dan Kawalan Penyakit

Kursus Pengurusan Dan Kawalan Penyakit (Ternakan Ruminan) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu melibatkan seramai 30 orang usahawan ternak Wilayah KETENGAH telah diadakan pada 13 Mac 2023 bertempat di Pusat Latihan Veterinar, Cermin Kiri, Jerangau Dungun, Terengganu. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam kawalan penyakit dan menguruskan ternakan. […]
Kenyir Bird and Nature Quest (KBNQ)

10 – 11 Mac 2023 – Hulu Terengganu. Kenyir Bird and Nature Quest (KBNQ) merupakan satu program anjuran bersama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Ping Anchorage Travel & Tours . Program ini melibatkan kira-kira 70 orang peserta pencinta burung dan […]
KETENGAH serah bantuan kepada penerima PPP

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui KETENGAH bagi membantu penduduk menjalankan projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamat utama pelaksanaan program ialah meningkatkan pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Seramai 11 orang penduduk telah dibantu dengan peruntukan sebanyak […]