Ketengah Prihatin

Penularan pandemik Covid19 di dalam wilayah Ketengah khasnya di Bandar Ketengah Jaya, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan beberapa buah Kampung Tradisi Ketengah telah memberi kesan emosi dan juga ekonomi kepada penduduk apabila sebilangan keluarga yang terlibat mula dikuarantinkan. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menerusi Tabung CSR Ketengah Holding Sdn Bhd telah mengambil inisiatif bagi meringankan […]
NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) ditutup sementara bermula 27 Oktober hingga 9 November 2020 selaras dengan Notis Perintah Penutupan Premis Bagi Kawalan Perebakan Penyakit Berjangkit daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu selepas dua (2) orang daripada kakitangan Ketengah disahkan positif Coronavirus […]
lawatan kerja Pengerusi Ketengah ke tapak warisan sejarah Bandar Bukit Besi

26 Oktober 2020- Bukit Besi Dungun, Terengganu sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tempat yang sarat dengan peninggalan sejarah ini merupakan sebuah bandar perlombongan satu ketika dahulu.Kini, peninggalan sejarah perlombongan di Bandar Bukit Besi ini masih terpelihara. Beberapa artifak sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan masih tersergam hingga ke hari ini. […]
Program gotong-royong di sekitar Santuari Kelah.

Satu program gotong-royong di sekitar Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu telah dijalankan pada 22 Oktober 2020. Tujuan utama program ini diadakan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh dan fenomena kepala air. Kini santuari kelah telah ditutup kepada orang ramai lebih awal ekoran air surut menyebabkan kesukaran bot untuk ke tempat pemulihan ikan kelah tersebut. YB. […]
Sumbangan Tabung CSR Ketengah Holding

21Oktober 2020 – Melalui Tabung Corporate Social Responsibility (CSR) Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB), pelbagai bentuk bantuan telah berjaya meringankan beban yang ditanggung oleh penerimanya sejak tabung ini diwujudkan. Pada 21 Oktober 2020 YB Senator Dato’ Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Besi, Madrasah Tahfiz Al-Quran […]
Program Pelepasan Benih Udang

20 Oktober 2020 – Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah melepaskan sebanyak 402260 benih udang galah di anak Sungai Coli, Sungai Leban Terengganu dengan anggaran bernilai RM24,135.60 dalam usaha memulihara sumber berkenaan di Tasik Kenyir. Program pelepasan benih ini selaras dengan hasrat YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa lawatan kerja beliau ke Tasik Kenyir pada […]