lawatan kerja Pengerusi Ketengah ke tapak warisan sejarah Bandar Bukit Besi

26 Oktober 2020- Bukit Besi Dungun, Terengganu sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tempat yang sarat dengan peninggalan sejarah ini merupakan sebuah bandar perlombongan satu ketika dahulu.
Kini, peninggalan sejarah perlombongan di Bandar Bukit Besi ini masih terpelihara. Beberapa artifak sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan masih tersergam hingga ke hari ini. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memulihara dan menambahbaik kemudahan-kemudahan asas. Sebuah muzium juga telah dibina bagi menempatkan artifak-artifak sejarah perlombongan.
Sehubungan itu, YB. Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah mengadakan lawatan kerja ke tapak berkenaan. Hadir sama, YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah.

Program gotong-royong di sekitar Santuari Kelah.
NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

Artikel Lain