Program Pelepasan Benih Udang

20 Oktober 2020 – Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah melepaskan sebanyak 402260 benih udang galah di anak Sungai Coli, Sungai Leban Terengganu dengan anggaran bernilai RM24,135.60 dalam usaha memulihara sumber berkenaan di Tasik Kenyir. Program pelepasan benih ini selaras dengan hasrat YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa lawatan kerja beliau ke Tasik Kenyir pada 18 Julai 2020 yang lalu.Program ini disempurnakan oleh Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber diiringi oleh Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Zon Bebas yang mewakili Pengurus Besar Ketengah. Semua benih udang ini didatangkan daripada Pusat Pembenihan Negeri Perak. Sungai Leban merupakan zon pembiakan dan pemuliharaan ikan Tasik Kenyir yang dikawal sepanjang masa oleh Penguatkuasa Ketengah.Turut serta ialah seramai 25 orang pegawai daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan 3 orang pegawai penguatkuasa Ketengah.

placeholder
Penutupan Awal Santuari Kelah, Tasik Kenyir
Sumbangan Tabung CSR Ketengah Holding

Artikel Lain