logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH Kali Ke 7/2019.

11 Disember 2019 : PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 7/2019 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ini telah disempurnakan oleh YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Besar KETENGAH. Dalam ucapannya beliau berkata “Selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar […]

Kursus EKSA kepada Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH

Pada 3 hingga 5 Disember 2019, KETENGAH melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus EKSA kepada Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH bertempat di Nova Highlands Hotel, Cameron Highlands.   Kursus ini melibatkan seramai 38 orang pegawai dan kakitangan yang telah menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa EKSA. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Safura binti Mad Juhari, Pengarah Jabatan […]

Bantuan Dihulur Ringankan Beban

9 Disember 2019, Kampung Padang Pulut, Dungun Terengganu.KETENGAH sentiasa mengambil berat tentang nasib penduduk yang mendiami wilayahnya. Pada 9 Disember 2019, KETENGAH telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran iaitu kepada keluarga Mohd Amirul Rashid bin Ab Hamid. Kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumahnya itu berlaku kira-kira jam 9 malam 8 […]

Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019

9 Disember 2019 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Ketengah Holding telah menganjurkan Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019. Seminar bertemakan Wanita Gemilang Keluarga Terbilang ini berlangsung di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Haji Zulkifli bin […]

Program Peningkatan Pendapatan (PPP)

Pemberian Geran Bantuan dalam pelbagai bentuk (aset, peralatan, latihan dan lain-lain) sehingga RM10,000 kepada golongan miskin/miskin tegar dan B40 untuk memulakan perniagaan. Skop Bantuan : Aktiviti Perkhidmatan – jahitan, gunting rambut, bakeri dan lain-lain Perniagaan kecil-kecilan – jualan makanan, minuman, burger, pizza dan lain-lain Perusahan sumber asas tani – perikanan dan penternakan, proses kerepek, keropok […]

Program Berkhatan dan Bertindik

Musim cuti sekolah telah bermula, sehubungan itu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Program Berkhatan dan Bertindik Wilayah KETENGAH Tahun 2019 bertempat di Bandar Seri Bandi, Kemaman pada 23 November 2019. Program yang diadakan saban tahun ini menghimpunkan seramai 100 orang kanak-kanak bagi program berkhatan dan 36 orang kanak-kanak untuk bertindik. Sudah menjadi tradisi […]