Jom Ngail

Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) telah berjaya menganjurkan pertandingan memancing “Jom Ngail” yang ditaja oleh Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB). Program berlangsung pada hari 23 Mac 2019 (Sabtu) bertempat di Tasik BALORA bandar Al Muktafi Billah Shah, amat bersesuaian dengan waktu cuti hujung minggu dimana telah disertai seramai 305 pemancing. Acara bermula dari jam 8 pagi, namun kaki pancing rata-ratanya hadir lebih awal bagi mendapatkan ‘port’ atau posisi terbaik untuk memancing.

Walaupun cuaca agak panas menjelang pukul 10 pagi, ini tidak mematahkan semangat peserta malah mereka tidak berganjak dari posisi masing. Pelbagai jenis umpan yang digunakan oleh kaki pancing dan mereka mempunyai ‘resepi’ tersendiri dalam memikat ikan untuk meragut mata kail di antaranya ialah cacing, katak, roti, hati ayam, pelet dedak dan pelbagai lagi. Acara berkenaan tamat pada jam 11.30 pagi.

Program seumpama ini dapat membuka ruang serta peluang orang awam untuk mengenali KETENGAH secara dekat dalam membangunkan wilayahnya selama 46 tahun (1973-2019) dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Program dimeriahkan lagi oleh para Usahawan KETENGAH yang membuat ‘jualan segera’ meliputi pelbagai minuman dan makanan yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari peserta memancing.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Keunikan pada edisi kali ini apabila peserta wanita iaitu Puan Zainab telah berjaya menewaskan peserta lain dengan menaikkan ikan haruan seberat 1.305kg sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM1,000. Sebanyak50 cabutan bertuah bernilai RM60 setiap satu dan 3 cabutan utama iaitu televisyen, peti sejuk dan mesin basuh telah disapu bersih oleh semua pemenang. Tahniah kepada semua pemenang dan barisan urusetia yang telah menjayakan program ini.

Majlis Perasmian Mastering English For Employment
Lawatan Kerja TKSU (Dasar) KPLB

Artikel Lain