Lawatan Kerja TKSU (Dasar) KPLB

YBhg Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Terengganu selama 2 hari bermula dari 10 hingga 11 April 2019. YBhg Datuk telah mengadakan lawatan ke tapak Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. KUD Zon Timur yang dirancang akan berlangsung pada 25 hingga 27 April 2019 selama tiga hari. Agenda hari kedua diteruskan ke Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Taklimat pembangunan telah disampaikan oleh YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Ahli Rombongan kemudiannya mengadakan lawatan ke Pusat Komuniti Desa (PKD) Terengganu, projek lada hitam, cendawan Fatisha, pusat pemprosesan ayam kampung, Kilang AJ Empayar Global dan projek tanaman nanas. Kami Warga KETENGAH mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Datuk kerana sudi mengunjungi kami disini.

Jom Ngail
Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena 46 Tahun KETENGAH

Artikel Lain