Kursus Latihan Jahitan Industri

Kursus Latihan Jahitan Industri bersama Siti Khadijah di bawah Program Suri Impian (SURIA) Tahun 2022. Kursus ini melibatkan seramai 20 orang suri rumah dan ibu tunggal Wilayah KETENGAH daripada keluarga miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40). Peserta yang hadir akan diajar melibatkan jahitan Telekung dan Baju Korporat.

Kursus intensif selama enam (6) hari bermula 22-27 Mei 2022 bertempat di Pusat Jahitan KEMAS, Dungun, Terengganu telah dikendalikan oleh Srikandi Skills College(Subsidiari Siti Khadijah) akan memberi fokus kepada mengendali dan membaca “Tech Pack” di kalangan peserta dan kawalan mutu produk. Selain itu kursus ini dapat membantu dan memberi panduan yang betul kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran untuk menjadi seorang tenaga kerja mahir/separa mahir yang berjaya.

Kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE)
Kursus Kemahiran Jahitan Industri

Artikel Lain