Kursus Pengurusan Kewangan kepada usahawan

Bagi menambah ilmu pengetahuan usahawan bimbingan KETENGAH dalam menguruskan aliran tunai perniagaan mereka, KETENGAH telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan kepada usahawan pada 1 – 2 Jun 2022 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Kursus ini melibatkan seramai 30 peserta yang terdiri daripada usahawan dalam pelbagai bidang. Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan mewakili YM Pengurus Besar KETENGAH diiringi Dr. Zulkifli bin Awang daripada Syarikat Imbasan Nilai Sdn Bhd selaku fasilitator.

Seterusnya, peserta dibawa ke Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang sedang berlangsung bermula 2 – 4 Jun 2022 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

placeholder
Kenyataan Tender Terbuka Pra- Kelayakan (Khas Bumiputera) Projek dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Program Laluan Emas Mat Kilau Tahun 2022

Artikel Lain