Kursus Pengurusan Projek Penyediaan Senarai Kuantiti (Bill Of Quantity -BQ)

Seramai hampir 30 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah mengikuti Kursus Pengurusan Projek Penyediaan Senarai Kuantiti (Bill Of Quantity -BQ) kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2022 bertempat di E-Red Hotel Kuantan selama tiga hari dua malam.

Objektif utama kursus ini adalah bagi memantapkan penyediaan dokumen BQ yang efektif serta memastikan keperluan penyediaan dokumen dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi mewujudkan spesifikasi yang sempurna dan jelas mengikut piawaian dan prosedur yang jelas dan tepat. Kursus ini telah dikendalikan oleh oleh penceramah berpengalaman daripada Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC Putrajaya, TS Sr Nur Raidah binti Razali dengan kerjasama daripada konsultan iaitu daripada IXORA Training Skill Academy.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad Pengurus Kanan Korporat KETENGAH. Pengurusan KETENGAH akan sentiasa melengkapkan ilmu pegawai dan kakitangan dengan mengadakan kursus-kursus berbentuk kemahiran dan memberi pendedahan maklumat berbentuk teknikal kepada pegawai dan kakitangan.

Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pusat Komuniti Desa (PKD) Negeri Terengganu Tahun 2022
Program Jamuan Keluarga Malaysia Komuniti KETENGAH

Artikel Lain