Lawatan bermaklumat ke Pusat Pembenihan dan Ternakan Ikan Tilapia

KETENGAH telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Pusat Pembenihan dan Ternakan Ikan Tilapia yang diusahakan oleh Green Islands Mill Feeds Sdn. Bhd, GST Farms dan Aquatech Bio Resources Sdn. Bhd yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Mei 2023.

Lawatan ini bagi merealisasilan Program Komuniti Sejahtera (PKS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang bakal diusahakan oleh syarikat Nusantara Aquaculture yang berpengkalan di Kg. Ibok, Kemaman.

Sementara itu, satu lawatan ke Pusat Ternakan Udang Kara yang diusahakan oleh SB Maju Agro Ventures yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Projek Ternakan Lobster Air Tawar bagi KETENGAH pula akan diusahakan oleh Koperasi An-Nur Taman Pulai Api Ajil Terengganu Berhad (KOPANUR) di bawah Program Desa Lestari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, wakil Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Encik Muhammad Shaqiq bin Mohamad Sani, wakil Bahagian Ekonomi dan Usahawan KETENGAH dan beberapa pegawai KETENGAH yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek ini.

Hasil lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan dalam selok belok perancangan, pelaksanaan dan kejayaan dalam projek-projek ini. Beberapa keputusan situasi menang-menang telah diperolehi di antara KETENGAH dan pengusaha-pemgusaha projek ini demi kejayaan dalam peningkatan pendapatan komuniti, membuka peluang pekerjaan dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Pautan Artikel di Facebook Rasmi KETENGAH
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH bersama KHSB
Majlis MoA antara Kolej Ketengah dengan Eastern Steel dan Seri Pacific Hotel

Artikel Lain