Majlis Pra Perasmian Muzium Bukit Besi

17 Oktober 2021, Bukit Besi Dungun- Muzium Bukit Bukit Besi merupakan sebuah muzium yang memaparkan maklumat lengkap khazanah sejarah perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara satu ketika dahulu. Muzium ini telah dibuka kepada umum pada 15 Oktober 2021 dan waktu operasinya dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pegunjung sepanjang dua bulan pengoperasian iaitu sehingga akhir tahun ini. Majlis Pra Perasmian Muzium Bukit Besi telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi KETENGAH pada hari ini. Beliau berkata, “kita harap pembukaan Muzium Bukit Besi ini dapat menyokong pakej pelancongan Bukit Besi selain memberi faedah ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat”. Hadir sama, YB Tuan Haji Roslee bin Daud, ADUN Bukit Besi dan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Muzium Sejarah Bukit Besi kini dibuka
Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Bomba Sukarela

Artikel Lain