Mangsa kebakaran terima sumbangan

Nasib 2 keluarga di Felda Jerangau yang kehilangan rumah dalam kebakaran 5 Julai 2019, mendapat perhatian Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang menyampaikan bantuan pada 18 Julai 2019 (Khamis). Sumbangan disampaikan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa (Pengurus Besar KETENGAH). Turut hadir bersama Encik Zainuddin bin Md Zaki (Timbalan Pengurus Besar) dan pihak MAIDAM serta FELDA Negeri Terengganu.

Pihak penyelaras DUN telah menguruskan penempatan sementara bagi 2 keluarga tersebut. Bantuan-bantuan lain juga telah diserahkan bagi meringankan beban mangsa.

Semasa kejadian berlaku, kedua-dua buah keluarga yang terlibat tiada di rumah atas urusan keluarga masing-masing.

placeholder
Aturcara Festival Kenyir 2019
Festival Kenyir 2019

Artikel Lain