Program Ketengah Ambik Cakne

29 April 2021- Kampung Landas, Ajil Hulu Terengganu. Program Ketengah Ambik Cakne – Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat Ketengah Sempena Bulan Ramadan telah berlangsung bertempat di Dewan Kampung Landas. Sebanyak RM200 telah disumbangkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan golongan orang kelainan upaya (OKU) serta mereka yang sakit melarat.

Program yang dilancarkan di kampung landas ini akan diperluas ke seluruh wilayah Ketengah. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah bersama-sama YB Haji Maliaman bin Kassim, ADUN Ajil dan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah telah menyerahkan bantuan tersebut kepada penerima.

Ketengah berharap dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan dan membantu mereka menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

placeholder
TAWARAN PENYEWAAN KEDAI CENDERAMATA DAN CAFE MUZIUM BUKIT BESI, DUNGUN
TAMK di Seri Bandi

Artikel Lain