Sumbangan kepada pelajar miskin

Melalui Tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd, pelbagai bentuk bantuan telah berjaya meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penerimanya sejak tabung ini diwujudkan. Pada 13 Mei 2019 bertempat di bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu, KETENGAH telah menyerahkan sumbangan kepada adik Ainul Basirah binti Zulkiflee. Beliau merupakan pelajar miskin yang belajar di MRSM IMTIAZ YT KETENGAH yang mendapat keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2018. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, KETENGAH. Adik Ainul Basirah akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor pada 14 Mei 2019. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan seterusnya memberikan peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  

Majlis Penyerahan Apron Peniaga Bazar Ramadhan
Majlis Berbuka Puasa Bersama Media

Artikel Lain