TAWARAN KENDERAAN TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020

PEMBERITAHUAN TAWARAN KENDERAAN TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020

NO SEBUTHARGA :  LKTT: KP(A) / 04 / 2020

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat / orang perseorangan yang berminat untuk MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI  yang telah dilupuskan di KETENGAH.
  •    Senarai kenderaan tersebut adalah seperti berikut:-
BIlKETERANGAN ASETTAHUNKEADAAN ASETHARGA SIMPANAN (RM)LOKASI ASET
  1.  NISSAN SERENA 2.0L A/T, NO. PENDAFTARAN : TAN 5980                  2007ROSAK5,000.00NURSERI BAHAGIAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA      
2TOYOTA LANDCRUISER SLW NO. PENDAFTARAN : TBH 22802000ROSAK6,000.00NURSERI BAHAGIAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
3TRAKTOR TANAH FIAT 70-66DT NO. PENDAFTARAN : TN 24911991ROSAK2,000.00NURSERI BAHAGIAN HARTANAH & KUASA TEMPATAN

 3.    Kenderaan tersebut boleh dilihat di lokasi yang dinyatakan di atas pada 4 Oktober 2020  jam 10.00 pagi.

 4.   Tawaran hendaklah menggunakan borang tawaran yang boleh didapati di Pejabat Ketengah, Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Perakaunan, Bandar Al Muktafi Billah Shah atau di laman web Ketengah.

   5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda No.Sebutharga serta Perkara dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Ruang Lobi atau dihantar melalui pos di alamat :-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
Beg Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
Dungun, Terengganu.

No Tel : 09-8231000

(U.P :  Bahagian Kewangan dan Perakaunan)

6.         Ketengah adalah tidak terikat menerima mana-mana sebutharga yang diterima.

7.         Syarat-syarat jualan adalah sebagaimana berikut:

  • Kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  • Penyebut harga dikehendaki membayar Wang Amanah (Deposit) sebanyak 5% daripada harga tawaran yang dibuat bagi sesebuah kenderaan.
  • Bayaran deposit hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank di atas nama Pengurus Besar Ketengah.           
  • Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.
  • Semua kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as is where is basis).
  • Penyebut harga yang berjaya hendaklah membayar amaun penuh harga tawarannya dalam masa satu (1) minggu dari tarikh surat tawaran.
  • Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) minggu, Ketengah berhak membatalkan tawaran berkenaan dengan apa-apa cara. Wang Amanah  (Deposit) tidak akan dikembalikan kepada penyebut harga yang berjaya sekiranya penyebut harga tersebut tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengambil dan mengeluarkan kenderaan tersebut dalam masa satu (1) minggu selepas bayaran penuh dibuat.
  • Jika tidak, Ketengah berhak untuk melupuskannya semula dan bayaran yang telah dibuat akan dilucuthak.  Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum kenderaan tersebut boleh dikeluarkan daripada premis Ketengah.
  • Semua perbelanjaan bagi mengangkut dan mengeluarkan kenderaan adalah ditanggung oleh pembeli sendiri
  • Bagi penyebut harga yang menyertai tawaran tetapi tidak berjaya, deposit akan dikembalikan setelah keputusan sebutharga  diperoleh dan penyebut harga yang berjaya membayar sepenuhnya harga jualan kenderaan tersebut.

8.         Tawaran ini ditutup pada  11 Oktober 2020 (Ahad)  jam 12.00 tengahari.  Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

placeholder
PROGRAM SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)
Sumbangan Prihatin Ketengah

Artikel Lain