Sumbangan Prihatin Ketengah

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dapat digambarkan dengan musibah yang menimpa beberapa penduduk dalam wilayah Ketengah. Pada 4 Oktober 2020, Pengurusan Ketengah telah mengambil inisiatif menghulurkan bantuan keperluan harian kepada Encik Sanusir @ Nik Rahmathulah Ab Rahman yang terlantar akibat penyakit stroke melalui Tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd.Selain itu, Pengurusan Ketengah turut menyampaikan bayaran pampasan tuntutan kematian Skim Takaful Berkelompok Kakitangan Ketengah kepada balu Allahyarham Zaidi Abu Bakar, Pembantu Awam di Bandar Seri Bandi dan seterusnya  menziarahi Encik Jasni Mansor, Pengawal Keselamatan Bandar Ceneh Baharu yang mengalami masalah kesihatan. Anak-anak kakitangan yang ditimpa masalah kesihatan juga diberikan perhatian. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zainuddin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Ketengah.

placeholder
TAWARAN KENDERAAN TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020
Sumbangan Dihulur Kurangkan Beban

Artikel Lain