BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGIK KETENGAH TAHUN 2021 – 2025

Ketengah dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Bengkel Pelan Perancangan Strategik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Tahun 2021 – 2025 bermula pada 16 hingga 18 Ogos 2020 bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Ketengah, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Ketengah, YB Senator Datuk Razali Idris. 

Bengkel ini melibatkan Pengurusan Utama dan Pegawai – Pegawai kanan Bahagian seramai 49 orang. Pelan perancangan strategik ini akan dijadikan sebagai rujukan dan langkah bagi memulakan perancangan dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan pelaksanaan program – program yang dirangka. 

Kerjasama Strategik Sektor Pelancongan
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Ketengah 2020

Artikel Lain