Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Ketengah 2020

Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Ketengah 2020 telah diadakan pada 26 Ogos 2020 bertempat di Dewan Blok D, Ibu Pejabat Ketengah.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.M. Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah.  Y.M. Tengku turut menyempurnakan pelepasan Jelajah Malaysia Prihatin di mana Ketengah turut mengagihkan Jalur Gemilang ke kampung-kampung dalam wilayah Ketengah. 

Hadir sama ke majlis ialah Pengurusan Kanan Ketengah serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.

BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGIK KETENGAH TAHUN 2021 – 2025
KHSB jangka peningkatan pendapatan

Artikel Lain