KHSB jangka peningkatan pendapatan

Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Ketengah 2020
26/08/2020
Pengumpulan pelbagai koleksi untuk ditempatkan di Muzium Perlombongan Bukit Besi
02/09/2020

KHSB jangka peningkatan pendapatan

KUALA TERENGGANU – Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB) menjangkakan peningkatan pendapatan kumpulan syarikat dalam tempoh enam bulan sepanjang tempoh pemulihan pasca Covid-19 melalui enam sektor perniagaan diceburinya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Senator Datuk Razali Idris berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemua anak syarikat KHSB mencatatkan keuntungan kecuali dua syarikat yang mengalami kerugian.

Menurutnya, walaupun operasi harian tergendala disebabkan Covid-19 di beberapa kategori perniagaannya, syarikat masih mampu mencatatkan hasil walaupun sedikit menurun.

“Sekarang ini dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga Disember nanti, kita akan memberikan tumpuan kepada usaha merancang dan melaksanakan pelbagai pelan perniagaan agar pendapatan syarikat terus meningkat.

“Syarikat yang berteraskan perladangan dan perkilangan yang mana aktiviti utamanya adalah mengeluar dan memproses kelapa sawit antara yang mampu menyumbang dividen yang tinggi kepada pemegang saham.

“Kita akan terus memfokuskan kepada enam sektor perniagaan iaitu seperti perladangan dan komoditi, pengkuarian, hartanah, pendidikan, penternakan dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd di Hotel Primula di sini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99079/EDISI/Terengganu/KHSB-jangka-peningkatan-pendapatan

Font Resize
Contrast