Pengumpulan pelbagai koleksi untuk ditempatkan di Muzium Perlombongan Bukit Besi

Ketengah dalam proses pengumpulan pelbagai koleksi untuk ditempatkan di Muzium Perlombongan Bukit Besi bagi tujuan pameran, pemeliharaan, penyelidikan dan pendidikan tentang kepelbagaian artifak signifikan bagi aktiviti perlombongan bijih besi di Bandar Bukit Besi pada ketika dulu.

Pengumpulan artifak aktiviti perlombongan adalah melalui dua kaedah iaitu melalui pembelian dan sumbangan individu yang melibatkan koleksi pada tahun 1920 sehingga 1971.Antara senarai barangan Koleksi Barangan Artifak Perlombongan Bijih Besi yang diperlukan adalah sebagaimana berikut :

BILJENIS
1.Perhiasan dan tekstil
2.Alat dan Perusahaan
3.Peralatan Berkaitan Api (Bahan untuk menghasilkan api)
4.Alat Bunyi-bunyian (Alat Muzik)
5.Senjata dan Alat Peperangan
6.Perubatan
7.Permainan dan Hiburan
8.Agama dan Kepercayaan
9.Setem dan Sampul Surat
10.Pengangkutan
11.Koleksi Lain

Pihak Ketengah bercadang mengadakan satu sesi pengumpulan barangan artifak yang akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 10 September 2020 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi sehingga 3.00 petang

Tempat : Pejabat Ketengah, Bukit Besi

Individu yang mempunyai barangan sebagaimana senarai dan berniat untuk menyumbang atau menjual koleksi adalah dipelawa hadir ke sesi tersebut dengan membawa barangan yang ingin disumbangkan/dijual.

Individu yang berminat untuk menyumbangkan atau menyerahkan artifak boleh memuat turun dokumen berkaitan. 

  1. Untuk menyerahkan artifak peribadi sebagai hadiah, sila muat turun borang 
  1. Untuk membuat tawaran artifak kepada Ketengah, sila muat turun borang  

Borang-borang ini perlu dilengkapkan dan dihantar pada sesi pengumpulan barangan artifak tersebut. Pada sesi tersebut, Ketengah akan menilai kesesuaian dan keaslian barangan yang ditawarkan.

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkenaan koleksi dan artifak, sila hubungi:

Nama Pegawai : Mohd Baktiar Bin Salleh dan Mohd sani Bin Nawi

Tel       : 09-8231000 Fax  : 09-8223105

KHSB jangka peningkatan pendapatan
placeholder
Tawaran Buggy Terpakai Ketengah Tahun 2020

Artikel Lain