Pengendali makanan yang berniaga di Bazar Ramadan harus sentiasa mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih serta menjaga kebersihan diri sewaktu mengendalikan makanan sepanjang Ramadan ini. Sehubungan dengan itu melalui satu acara ringkas, KETENGAH telah menyerahkan Apron secara percuma kepada semua peniaga Bazar Ramadan di 4 perbandaran KETENGAH yang melibatkan seramai 155 orang peniaga.