Program Santunan Kasih Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri

28 Mac 2023-Kuala Terengganu.
 
Membeli pakaian baru untuk digayakan pada pagi Syawal sememangnya diimpikan oleh semua. Namun, tidak semua berpeluang untuk membeli pakaian baru memandangkan ada golongan kurang bernasib baik dan miskin. 
 
KETENGAH melalui saluran peruntukan Corporate Social Responsibility (CSR) Ketengah Holding Sdn. Bhd. telah menceriakan seramai 84 orang anak yatim di sebuah pasaraya terkenal hari ini bersempena dengan Program Santunan Kasih Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). 
 
Mereka telah diberi kebebasan untuk memilih baju dan kelengkapan raya dan jelas terpancar riak wajah gembira. Pengurusan tertinggi KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd. telah sama-sama meraikan anak-anak yatim tersebut.
 
Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan mereka yang kurang berkemampuan menyambut Syawal yang akan tiba nanti.
 
KETENGAH serah Apron secara percuma kepada semua peniaga Bazar Ramadan
Majlis Santunan Kasih Ramadan

Artikel Lain