Program Turun Padang Pengurusan KETENGAH

3 Februari 2020 : Kampung Landas, Hulu Terengganu. Terengganu.

Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH turun padang menghadiri Program Santai Menanam Jagung bagi projek tanaman jagung berkelompok di Kampung Landas. Seramai 8 orang peserta telah mengusahakan tanaman ini dan pihak KETENGAH telah menyumbang input pertanian dan kemudahan infrastruktur berupa pagar bagi projek tersebut. Projek ini mampu memberikan pendapatan sebanyak RM2,000 apabila jagung dituai kelak. Jabatan Pertanian Daerah turut memberikan khidmat nasihat dan bantuan benih kepada para peserta.

placeholder
PEMBERITAHUAN TAWARAN PERABOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020
Majlis Perkhidmatan Cemerlang KPLB

Artikel Lain